Blogger Widgets ">



Monday, 24 December 2012

Kisah Jerawat =.="




  • Rimas dan tertekan apabila jerawat mulai tumbuh di sekitar wajah.  Keyakinan diri pun mula berkurang. Dah penat mencuba pelbagai jenis produk namun tak berhasil. Mungkin kita perlu selidik apakah punca sebenar jerawat tumbuh. Orang putih cakap better prevent than cure.
DAHI
  • Jerawat di daerah dahi berpunca dari haba badan yang melampau dan peredaran darah  yang tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Anda juga mungkin sering mengalami stress. Biasanya anda merupakan seorang yang panas baran. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba pupuk tabiat tidur awal, dan bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air dengan banyak.
HIDUNG
  • Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.
 DAGU
  • Jerawat di kawasan dagu menunjukkan fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
 PIPI KIRI
  • Jerawat di pipi kiri tumbuh kerana fungsi hati yang mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
  • Disebabkan oleh fungsi paru-paru yang mungkin tidak normal. (Don't smoke)
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
  • Disebabkan oleh sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan diet yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
p/s Jadi kita boleh check kenapa jerawat tumbuh... kadang-kadang kite stress, letih, penat, kurang minum air, ada masalah penghadaman...dan sebagainya...jadi itula penyebabnya jerawat suka kacau kita....

No comments:

Post a Comment